4 Kelas ‘Customer Avatar’ Untuk Pelanggan Waffle

Ok bersambung dari post yang sebelum ni tentang mengenal siapa pelanggan customer.

Sekarang kita akan buat aktiviti ‘Customer Avatar’ iaitu kita akan kelaskan maklumat-maklumat tentang pelanggan waffle.

Di sini kami istilahkan sebagai ‘customer avatar’. Ia merupakan aktikiti mengenalpasti pelanggan dari segi umur, jantina dan lain2.

Penting untuk usahawan waffle kenal pelanggannya sebelum memilih lokasi yg sesuai. Jika tuan/puan kenal siapa pelanggan, pemilihan lokasi perniagaan tuan/puan akan menjadi mudah dan tuan/puan akan mudah membuat jualan waffle tanpa perlu mengeluarkan modal yg tinggi untuk bahagian marketing.

*Perkongsian yang kami buat ini berdasarkan pengalaman kami selama hampir 3 tahun berniaga waffle di pasaraya. Pengalaman membuka cawangan di pasaraya lain. Dan pengalaman melatih dan membimbing 200 ratus orang usahawan waffle menjalankan perniagaan.

——–
Cutomer Avatar Pelanggan Waffle
——–

1. Umur
Pelanggan waffle paling ramai terdiri dari mereka yang berusia 6 tahun hingga 24 tahun.
Selebihnya lain-lain umur.

2. Jantina
Pelanggan waffle paling ramai terdiri dari kaum wanita.
Selebihnya dari lelaki.

3. Status
Pelanggan waffle paling ramai terdiri dari pelajar. Paling ramai pelajar dari sekolah menengah dan peringkat universiti.
Selebihnya golongan muda yang baru berkahwin atau keluarga yang mempunnyai anak-anak kecil

4. Waktu Makan Waffle
Pelanggan waffle paling suka makan waffle pada pukul 1pm-8pm.
Selebihnya pada lain-lain waktu.

Pelanggan Datang Cari Kita
——-

Jadi jika tuan/puan dah NAMPAK siapa pelanggan, semua urusan jualan waffle akan jadi lebih mudah dan tak perlu bersusah payah TUNGGU pelanggan di tempat yang tak sesuai. Tak perlu buat marketing teruk-teruk lagi dah.

Adakah maklumat ini sangat membantu tuan/puan untuk menjalankan perniagaan waffle?

Jika ya boleh kongsi artikel ini dengan rakan-rakan lain yang berminat menjalankan perniagaan waffle.

Jika tuan/puan berminat untuk ‘join’ kami buat bisnes waffle, boleh pilih mana-mana pakej yang sesuai dan insyaAllah kami akan guide tuan/puan secara berterusan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di nombor 013 624 8138 (call/msg/whatsapp).