4 Peringkat MARKETING Untuk Untuk Naikkan Jualan Waffle

UNTUNG WAFFLE

Ok kami akan kongsikan tips marketing untuk bisnes waffle.
.
.
Jadi anda semua tak perlu try & adjust banyak sangat.
.
.
Apa yang kami share ni memang dari pengalaman kami sendiri dan pengalaman dari
usahawan-usahawan waffle lain yang berjaya buat SALES BANYAK dalam bisnes waffle.

Ini bukan perkongsian tipu-tipu. Memang betul-betul REAL dapat naikkan SALES insyaAllah
dengan izin Allah.
.
.

Peringkat PERTAMA – Permulaan
—————-
.
1. Lokasi
Yang ni kami tulis banyak kali dah dalam website. Location is KING dalam bisnes waffle. Setup kiosk kecik guna meja banquet dan hias sikit2 dah cukup. Janji lokasi CANTIK. Lokasi macam mana yang sesuai?

Boleh baca di post sebelum ini di website kami tentang ‘Customer Avatar’ pelanggan waffle.
.
.
2. Niat
Sebelum tu yang penting juga sebelum start apa2. Niatlah kerana Allah Taala kita mencari rezeki.
Niat juga untuk memberi makanan dan servis terbaik untuk pelanggan. Dan mudahkan pelanggan mendapatkan makanan yang baik yang kita jual.
.
.
3. Dah Bersedia Untuk Buat Jualan Banyak
MINDA kita dah bersedia untuk terima duit banyak. Kita/staff dah cekap buat waffle bagi sedap.

Menu dan harga dah SETTING cantik dan sesuai. Kedai pun dah kemas dan cantik.
.
.
Peringkat KEDUA – Tarik Pelanggan
———————
.
4. Facebook & Instagram
Pastikan anda anda facebook page dan akaun instagram. Post gambar waffle menarik.
Gambar customer makan waffle. Testimoni pelanggan.

Kerapkan buat PROMOSI masa permulaan bisnes. Pelbagaikan jenis promosi. Buat iklan berbayar di fb & instagram untuk TARIK orang datang ke kedai.
.
.
5. Banner/Flyer
Gantung banner di berhampiran kedai waffle anda. Buat banting bagi menarik dan simple
untuk beritahu orang kita ada produk baru jual waffle.
.
.
6. Waffle Tasting
Tiap-tiap hari buat waffle sedap2. Potong kecil-kecil letak dalam bekas. Bagi orang rasa.
Tunggu depan kedai bagi orang yang lalu lalang rasa. Niat sedekah. Bagi kupon diskaun @ flyers jika ada.
.
.

Peringkat KETIGA – Kekalkan Pelanggan
——————
.
7. Kad cop-cop / Kupon Diskaun
Haha. Ingat kad cop2 tak relevan ke zaman sekarang. Buat je kad cop2. Sekali sekala buat kupon diskaun. Contoh
beli 9 FREE 1. Dulu masa kami jual waffle. Mat salleh pun simpan dan guna kad cop2 ni.

Jangan main2! Ada sebabnya kita buat kad cop-cop ni. Baca seterusnya untuk mengetahui fungsi kad cop2 ni..
.
.
8. Database pelanggan
Masa customer nak ambil kad cop-cop atau tebus kupon promosi, minta pelanggan tulis nama, no telefon, tarikh lahir.
Buat satu borang. Kami dulu ada database hampir 700 pelanggan kalau tak silap. Kena rajin ambil dan masuk data dalam computer.
.
.
9. Follow up pelanggan.
Daripada data yang kita dapat dari pelanggan. Kita boleh message, whastapp pelanggan. Masa hari jadi pelanggan kita wish la. Masa hari raya, tahun baru, puasa dan sebagainya. Sekali sekala selit promosi. SEKALI SEKALA saja buat promosi. Jangan kerap sangat.

Lagi satu, masa message @ whatsapp sebut NAMA pelanggan tadi. Baru la pelanggan SYOK..!
Seriusly kami buat dulu. Kami pakai sistem SMS. So automatik sebut nama pelanggan untuk message kami hantar dan
automatik wish birthday untuk pelanggan. Sekali blast ke beratus pelanggan. Yang bestnya pelanggan reply.
Bina silaturrahim kerana Allah dengan pelanggan.
.
.
Peringkat KEEMPAT – Disiplin
——————–

10. Ulang balik benda yang sama PERINGKAT KEDUA-KETIGA. Disiplin buat.
Contoh buat iklan berbayar di facebook dan instagram secara HARIAN. Jangan STOP..!
Post secara berkala di facebook dan instagram. Website tak perlu.
.
.
Akan sampai satu TAHAP kita akan ada REGULAR CUSTOMER yang akan SENTIASA TERINGAT untuk datang
beli waffle dengan kita. Bila dah tahap tu, SALES kita akan STABIL dan UNTUNG yang kita dapat pun agak selesa
dan kita boleh lepaskan kedai waffle kita untuk staff handle semuanya.
.
.
TAK PERCAYA KE??
.
.
Buat Je..!! Jangan fikir banyak2…Doa banyak2 dekat Allah..Usaha dan berharap sepenuh hati
dengan Allah. Allah yang gerakkan hati-hati manusia untuk datang makan di kedai kita. InsyaAllah
kita boleh buat sales banyak.
.
.
p/s: Nanti kalau sempat, kami share pula macam mana nak NAIKKAN lagi JUALAN dan KEMBANGKAN lagi BISNES WAFFLE ni.
Best tau bisnes waffle ni kalau kena caranya..!!