6 Kenangan Manis Berniaga Waffle

Permulaan Berniaga

————

Kami bermula terlibat dalam industri waffle pada tahun 2012. Pada waktu tersebut, whatsapp masih belum digunakan secara meluas, perkongsian ilmu perniagaan masih kurang dan macam-macam cabaran yang terpaksa kami lalui.

.

Jadi kami tak dapat ilmu yang betul, tak dapat teknik dan cara yang betul dalam perniagaan waffle. Sebab pada waktu tersebut susah untuk kami dapatkan ilmu-ilmu perniagaan waffle. Nak contact siapa pun kami tak tahu pada waktu tersebut.

.

Banyak tembok-tembok yang telah kami langgar. Jatuh bangun adalah satu perkara biasa. Ratusan ribu ringgit telah dibakar. Air mata menitis malam2, duit nak isi minyak takde, makan nasi telur berbulan2, hutang bank lambat bayar, nak beli pampers susu anak pun beli sikit-sikit.

.

Kalau tak silap 1-2 tahun pertama berniaga waffle, kami bekerja purata 12-14 jam sehari setiap hari tanpa cuti. Cuti 2 hari setahun. Raya haji pun buka kedai beb! Habis solat hari raya. Tengah hari buka kedai.

.

Kenangan Manis

——-

Di samping kesusahan yang kami alami, masih ada kenangan manis yang sentiasa kami ingati.

.

Alhamdulillah sepanjang 5 tahun terlibat dalam perniagaan waffle. Banyak sangat kenangan manis yang tak dapat kami lupakan.

.

.

Pujian Terhadap Makanan

——–

Kita kalau bisnes makanan ni apa yang paling best adalah bila orang puji makanan kita.. Betul tak?

.

Masa tahun pertama tu kurang sikit la orang bagi pujian sebab dari segi setting harga, resipi waffle dan banyak aspek lain kami buat silap.

.

Start pertengahan tahun kedua dan seterusnya alhamdulillah waffle kami mula mendapat sambutan. Jualan makin meningkat dan regular customer makin ramai. Kami mempunyai asas yang kuat.

.

Kami berniaga di dalam shoping mall di mana customer yang datang 70% melayu 20% chinese dan 10% indian lebih kurang macam tu propotion nya.

.

Time ni memang banyak giler orang bagi pujian alhamdulillah. Tak kira melayu, chinese atau indian. Semua bangsa kami ada regular customer. Ada pelanggan lepas makan lambai kami dulu dan senyum sebelum balik. Ada pelanggan yang terus bagi pujian masa nak order waffle. Ada pelanggan yang 1st time rasa harini, sekejap lagi datang balik beli lagi sebab sedap. Ada yang harini makan, esok datang lagi makan sebab special sangat katanya waffle kami ni. Ada pelanggan yang hampir setiap hari datang beli. Ada pelanggan yang tunggu kami buka pintu kedai untuk beli waffle.  Dan banyak lagi situasi-situasi manis yang tak dapat kami lupakan.

.

.

Pelanggan Dari Jauh

———

Ramai juga pelanggan kami yang datang dari jauh. Regular customer. Ada pelanggan yang datang dari jauh semata-mata singgah teringin makan makanan kami. Ada pelanggan yang tiap-tiap kali balik utara mesti singgah. Ada pelanggan yang bercerita pengalaman makan waffle-waffle range MAHAL berpuluh-puluh ringgit sebiji waffle dan still cakap waffle kami lagi best!

.

.

SMS Dari Pelanggan

——-

Pada waktu tu, whatsapp masih belum meluas. Kami guna sms lagi. Kami ada database lebih kurang 600++ pelanggan. Setiap kali musim perayaan atau sebagainya kami akan kirim sms kepada semua pelanggan-pelanggan kami. Yang bestnya bila pelanggan reply cakap waffle sedap, doakan perniagaan kami, sentiasa sokong kami, sentiasa pilih waffle kami dan sebagainya sms-sms comel lain yang membuatkan kami tersenyum dan terus kuat berusaha untuk menjadi lebih baik.

.

.

Pelanggan Jadi Kawan

——–

Ramai juga pelanggan-pelanggan yang menjadi kawan setelah sekian lama menjadi pelanggan kami. Kami berkongsi macam-macam cerita bersama. Dari tak mengenal satu sama lain kami menjadi makin rapat dari hari ke hari dan saling berhubung.

.

.

Pekerja Kedai Waffle Lain Datang Beli Waffle di Kedai Kami

—————

Yang ni pun kenangan manis juga. Ada pekerja waffle dari kedai lain atau pekerja-pekerja berhampiran kedai waffle lain still beli waffle dan makanan lain di kedai kami. Siap lama-lama jadi kawan lagi. Padahal dia sendiri kerja kedai waffle dan buat waffle.

.

.

Bekas Staff Datang Melawat

————-

Boleh dikatakan 85% staff yang pernah bekerja dengan kami akan datang melawat@makan di kedai kami bila ada masa terluang. Ada staff yang behenti sebab dapat tawaran yang lebih baik. Ada staff yang berhenti sebab dapat smbung belajar. Tapi still ada hubungan baik dengan kami walaupun mereka dah berhenti.

.

.

Kesimpulan

——-

Ada banyak lagi kenangan manis yang mungkin kami terlupa untuk tulis. Adalah satu perkara yang biasa jika kita menghadapi kesukaran pada permulaan apa-apa perniagaan sekalipun.

.

Just enjoy setiap moment kesusahan yang kita alami. Anggaplah setiap ujian yang Allah beri untuk kita dekatkan diri kepada Allah. Dan memang benar setelah kesukaran demi kesukaran yang kami alamai, hati makin terasa akan kekuasaan Allah dan kerendahan diri sendiri. Dulu masa mula-mula berniaga nampak duit je. Sekarang alhamdulillah hati jadi makin ikhlas nak tolong orang. It’s not about the money. It’s about a passion in waffle industry to help more people. Setiap hari kami masih belajar dan terus belajar tentang waffle dan terus memberi sumbangan dari industri waffle kerana itu adalah PASSION kami.