7 Tips Memaksimakan Keuntungan Perniagaan Waffle

tepung waffle

Hari ni kami akan berkongsi cara untuk memaksimakan perniagaan waffle.

.

*Segala tips yang kami kongsikan adalah berdasarkan pengalaman kami dan berpuluh usahawan di bawah kami telah lakukan dan terbukti membawa hasil yang baik untuk bisnes. Tuan/puan perlu copy je cara kami semua.

.

Ok..Sekarang tuan/puan dah ada tapak untuk berniaga waffle. Contoh kiosk mini di dalam sebuah kolej. Tuan/puan dah ambil pakej dengan kami dan dah cekap buat waffle. Jadi nak jual waffle je ke? Boleh nak jual waffle sahaja tapi kalau kami RUGI lah tak ambil peluang jual benda lain juga kalau dah alang-alang ada tapak niaga..!

.

1. Tambah Menu Waffle

Kami ada senarai menu waffle yang terbukti mempunyai permintaan yang tinggi dikalangan penggemar waffle. Kami dah cuba pelbagai topping untuk waffle selama 2 tahun dan kami dapat simpulkan ada beberapa ‘HOT’ menu yang boleh tuan/puan tambah. Contohnya oreo, aiskrim, kacang, chocolate rice dan chocolate chip. Cukup sekadar yang ini. Boleh nak tambah yang lain seperti buah-buahan dan sebagainya. Tapi dari segi margin untung dan daya ketahanan cukuplah tuan/puan tambah menu ini sahaja disamping menu waffle biasa yang lain. Bukan apa. Kami dah pernah cuba letak kiwi, strawberry hazelnut, walnut dan sebagainya..! Tapi tak untung dan cepat rosak..!

.

2. Jual air

Tuan/puan boleh jual air yang dah siap dibancuh seperti Milo Ais/Ice Lemon Tea dan air-air yang dah siap dibancuh atau special. Ice blended? Kalau kami mungkin kami tak buat ice blended. Kalau orang ramai dan sale kedai kita dah ok, tak sempat rasanya nak buat ice blended. Kelam kabut jadinya. Sebab ice blended perlukan seorang ke dua staff juga nak handle sama macam waffle. Cuba buat air yang dah siap supaya kita boleh masukkan dalam cawan je tanpa perlu nak kisar seperti ice blended. Makan masa..!

.

3. Jual jagung

Tuan/puan boleh tambah jagung dalam cawan juga. Kerana permintaan jagung agak tinggi. Buat siap-siap jagung. Orang order masuk dalam cawan je.

.

4. Jual aiskrim

Macam mana nak jual aiskrim? Nak kena beli mesin simpan aiskrim ke? Tak perlu..! Tuan/puan buka website nestle/walls. Telefon HQ Nestle/Walls cakap tuan/puan nak ada tapak di kolej dan berminat nak berniaga aiskrim. Nanti dia akan bagi ‘in charge person’ hubungi tuan/puan. Kemudian mereka akan letak mesin aiskrim secara percuma (dulu percuma, sekarang tak pasti) dan tuan/puan cuma perlu beli aiskrim je dari syarikat mereka. Mudah kan kalau tahu cara?

.

5. Jual Makanan Kering/Produk Usahawan Lain

Sekarang ni ramai usahawan lain yang buat produk sendiri. Homemade lasagna, spagethi, kerepek, kek dan lain-lain yang unik. Tuan/puan cari usahawan ni di internet dan tawarkan pengedar mereka untuk letak barang secara ‘consignment’ di tapak niaga tuan/puan. Consignment maksudnya kita tak perlu keluar modal, mereka letak dulu barang, dah habis jual baru kita bayar mereka. Kita ambil untung komisen jual barang mereka. Selalunya komisen dalam 15-30% untuk setiap barang,

.

6. Sewa tapak mini kepada usahawan lain

Kalau ada usahawan lain nak sewa slot kecil di ruang niaga tuan/puan, bagi sahaja..! Niat nak tolong orang dan sewakan dengan harga berpatutan. Bagi kedai tuan/puan penuh dengan barang-barang yang pelanggan nak beli..!

.

7. Jangan tambah produk yang perlu masak sendiri

Jangan buang masa nak buat semua benda sendiri..! Cukup sekadar kita masak waffle..! Tengok produk yang kami suggest untuk tambah kat atas. Semuanya boleh prepare awal-awal ataupun kita perlu jual sahaja.. Kalau nak buat hotdog, berger, ice blended on the spot masa customer order..Tak sempat.. Ingat kita perlu pantas buat jualan..