(AMARAN: Semuanya adalah cerita benar dan jujur ,tiada tokok tambah dan mungkin menggunakan tatabahasa caca-merba loghat utara sikit. Maaf ya)
.
Hari ni kami nak berkongsi cerita sedikit tentang bagaimana kami menghasilkan tepung waffle jenama kami.
.
Masa mula-mula nak buat bisnes waffle dulu kami ada tanya nasihat kawan-kawan yang dah pernah buat bisnes waffle dan ada buat bacaan di internet. Bila kami tanya pendapat mereka, mereka cakap lebih baik beli tepung waffle di kedai je. Jangan buat sendiri tepung. Sebab kos nya sama saja.
.
Tapi seperti biasa, kami juga seperti usahawan-usahawan yang lain. Mahu cuba membuat ‘kelainan’. Jadi kami pun beli bebearapa ‘jenama besar’ dalam tepung waffle untuk di cuba. Selepas tu kami rasa macam tak sedap je tepung-tepung tu. Jadi, kami pun start buat tepung waffle sendiri.
.
Memang betul apa yang usahawan lain cakap. “Jangan buat tepung sendiri..!”. Tapi kami degil. Kami cuba bermacam-macam resipi antaranya cinnamon waffe flour, wholegrain, double chocolate, classic dan sebagainya.
.
Kami kan degil dan berani katakan..! (Sebenarnya sombong dan ‘tak cerdik’). Nak tahu kenapa?
.
Kami terus jual waffle menggunakan resipi yang kami baru cuba..! Ye la rasa sendiri-sendiri dengan family dan kawan2 lepas tu syok sendiri kata sedap..! Well biasala orang buat bisnes takdak mentor waffle.
.
Tahu apa kesannya??
.
1. Harga waffle yang kami jual lebih mahal dari usahawan lain dalam pasaraya tu.
2. Kos tepung buat sendiri memang lebih mahal dari beli di kedai. Dan bahan-bahan lain pun mahal juga. Konon nak bagi sedap.
3. Susah nak jaga stok sebab terlalu banyak bahan nak kena beli (nak buat tepung waffle sendiri kena tambah banyak bahan-bahan lain)
4. Customer datang dan tak datang kembali..!
.
Hahaha..No 4 tu paling menakutkan..!
.
Tuan/Puan nak tahu berapa lama kami try&adjust tepung waffle?
.
2 tahun setengah..! Baru kami kekalkan rasa dan formula.. Dah puluh ribu kami lesap rasanya untuk buat research and development produk waffle secara keseluruhannya..!
.
Setiap kali kami try resipi, kami terus jual kat customer. Takdaknya nak validate rasa kat customer baru nak jual.
.
Jual je terus bila buat resipi baru.. Lepas tu nasib la nak hadap complain customer atau customer senyap-senyap tak mai dah kedai..! haha boleh jahanam oo bisnes kalau ikut cara kami..! (Awas jangan tiru cara ni ok)
.
———————————
Macam mana kami boleh stop buat research dan kekalkan resipi sekarang? (8 Rahsia Sulit Formula Tepung Waffle)
.
1. Kami sendiri dah validate rasa di kedai kami dan cawangan kami sebelum ni. Pasaraya ni tempat paling sesuai validate feedback customer. Sebab apa? Sebab kat tempat kami nisbah melayu:cina:india adalah 65%:25%:10% (anggaran). Jadi agak sekata disitu. Jadi semua bangsa boleh rasa. Lagi satu semua peringkat umur yang mai dok pasaraya ni.
2. Kos buat waffle yang sesuai dan murah. Cuma tambah air, telur dan minyak sahaja.
3. Harga jual tepung yang murah berbanding tepung lain. Dan kos waffle yang sesuai dan murah.
4. Return customer yang tinggi di kedai kami. Orang melayu, cina dan india suka. Sangat suka..! Macam mana nak tau suka? Mereka ni beli makan 2 biji, lepas tu pi jalan-jalan. Satgi mai balik bungkus lagi. Cakap sedap..! (Terlalu ramai macam customer macam ni)
5. Ada yang makan hari ni, esok terus mai lagi pun ada. Ada yang mai sekarang. Terus satgi 5 minit habis makan angkat sekumpulan kawan2 mai pulak.
6. Customer puji lepas makan di kedai. Customer melayu, cina dan india ada antara mereka yang lepas makan terus mai puji cakap ni waffle yagn paling sedap mereka pernah makan..! (Terlalu ramai yang cakap macam ni)
7. Kami jenis malu nak tanya feedback kat customer. Mereka sendiri yang mai cakap sedap kat kami..! Atau tuan/puan boleh tengok testimoni-testimoni yang terlalu banyak di instagram, facebook dan internet berkaitan famous waffle.
8. Dan yang paling penting. Kami dah supply tepung waffle dan jem kami kepada berpuluh orang usahawan di seluruh semenajung.. dah bertan-tan tepung kami jual..! Tempat lain pun return customer tinggi dan cakap sedap tepung ni tanpa perlu diminta feedback 🙂
.
————————
Kesimpulan
.
Jadi , kesimpulan yang kami boleh buat berdasarkan pengalaman kami berniaga waffle di pasaraya setiap hari tanpa cuti (cuti 2 hari je setahun) dan segala musibah yang telah kami hadapi selama ini:
1. Cari mentor waffle kalau nak buat bisnes waffle. (kami bersedia untuk berkongsi idea bersama tuan/puan dan kami pun telah melatih berpuluh usahawan waffle bersama kami)
2. Jangan buat tepung sendiri. Beli je dari kami. Jangan nak habiskan masa buat tepung baru. Rugi masa, tenaga, wang ringgit yang banyak dan sangat memenatkan.
3. Jangan buat ‘rasa’ sedap syok sendiri waffle kita. Ikut rasa apa yang customer waffle suka makan. Ingat ‘customer waffle’. Kalau kita pi dok bagi rasa waffle kat orang tak suka makan waffle, memang tak ke mana bisnes kita. Tuan/puan mesti tau sapa customer yang suka makan waffle.
4. Tepung kami insyaAllah adalah resipi terbaik untuk customer waffle setelah di uji dan ribuan testimoni yang kita boleh baca. Bahan-bahan dipilih dari sumber halal, dibeli dari orang muslim yang dipercayai.
5. InsyaAllah research tepung kami adalah sentiasa di pantau supaya menjadi yang terbaik. Sebagai contoh, 1.05kg tepung waffle kami boleh menghasilkan 17keping waffle berbanding kebanyakan tepung waffle lain 1kg 15 keping sahaja.