
Assalamua’laikum..
Kami dari keluarga Famous Waffle ingin mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin kepada semua pelanggan yang pernah berurusan dengan kami, Kami ingin memohon maaf sekiranya terkasar bahasa dan mintak halal atas segala kesalahan yang kami lakukan sepanjang berurusniaga bersama pihak tuan/puan.
.
Laporan Tentang Crefel
———————————-
Lama tak sempat nak update kerana kami fokus pengeluaran untuk produk crefel sepanjang bulan puasa yang lalu.
.
Alhamdulillah tahun ini semua tempahan crefel berjaya disiapkan tepat/awal pada tarikh yang diminta oleh setiap agen.
.
Tempahan tahun ini dibuka seawal penghujung bulan rejab dan di tutup 2 minggu sebelum bulan ramadhan. Rata-rata tempahan di sapu bersih oleh bisnes partner ‘otai-otai’ tahun lepas. Dan ada beberapa bisnes partner baru yang sangat-sangat hebat. Kami sangat teruja dengan kehebatan jualan oleh bisnes partner yang baru ini.
.
Seperti biasa permintaan masih melebihi pengeluaran walaupun keupayaan mesin dan skill staff dah ditingkatkan 3x-4x ganda dari tahun lepas. Memang lepas habis jual terus kebanyakannya ada repeat order.
.
Untuk pengetahuan, produk crefel hanya bermula betul-betul pada 1 Ramadhan tahun lepas. Maksudnya produk crefel ni baru setahun jagung di pasaran.
.
Menurut bisnes partner kami, feedback yang diterima sangat positif. ‘Repeat’ order yang sangat cepat dan banyak. Sepanjang tahun kebanyakan repeat order dari pelanggan yang sama. Mungkin disebabkan harga yang sangat berpatutan dan servis yang bagus oleh para bisnes partner kami.
.
Tahun lepas terlalu banyak kesilapan yang dilakukan dan terlalu banyak tempahan tak dapat disiapkan tetapi tahun ini kami bersyukur kepada Allah kerana dapat menunaikan semua tarikh janji siap kepada para pelanggan.
.
.
TEMPAHAN CREFEL TELAH DIBUKA SEMULA..!
————————————————————–
Tak sampai seminggu lepas raya, order crefel telah masuk semula walaupun kami masih belum buka tempahan. Kebanyakannya ‘nak repeat’ sebab tak cukup masa raya dan ada bisnes partner yang dah mula untuk masuk expo jualan, nak diletakkan di kedai dan sebagainya.
.
Oleh itu dengan ini diumumkan TEMPAHAN CREFEL DIBUKA SEMULA kepada yang berminat menjadi bisnes partner kami.
.
Kami mengalu-alukan rakan niaga yang baru untuk sertai bisnes crefel ini. Harus diingat..! Bukan keuntungan yang kita kejar, tetapi hubungan silaturrahim yang berkekalan yang kami kejar dan tanggungjawab menyediakan produk makanan halal dan mampu beli untuk semua pelanggan insyaAllah.
.
Mungkin keuntungan produk makanan ‘tak sexy’ seperti jualan baju dan produk makanan kesihatan yang keuntungannya sangat tinggi. Tapi insyaAllah menjual produk makanan ini repeat sales dan kelajuan menjualnnya adalah sangat laju. InsyaAllah semoga semuanya mendapat redha dan keberkatan Allah :))