Adakah Relevan Berniaga Waffle Pada Tahun 2017? Ekonomi Tak Menentu? 5 Jawapan

#Gambar kredit dari salah seorang usahawan yg menjalankan perniagaan waffle. Semoga beliau terus berjaya insyaAllah..

.

.
***Soalan1: Adakah Masih Relevan Berniaga Waffle Pada Zaman Ekonomi Yg Dikatakan Gawat?

Jawapan:
1. Waffle merupakan satu bidang bisnes dalam kategori makanan. Ramai orang mungkin boleh berpuasa dalam ekonomi gawat untuk membeli rumah, kereta dan sebagainya yg menambah beban hutang berpanjangan tetapi Ramai Orang tak boleh tahan diri untuk makan. Makanan adalah satu keperluan untuk meneruskan hidup.

2. Waffle adalah makanan EVERGREEN yang tiada trend. Waffle jadi makanan orang zaman dahulu sampai sekarang. Dari gen X hingga lah gen Z dan insyaAllah hingga gen yang seterusnya. Waffle boleh disamakan seperti aiskrim. Boleh makan sepanjang zaman.

3. Jual makanan insyaAllah ada jualan setiap hari. Cash yang masuk setiap hari adalah penting dalam sebarang bisnes. Jadi berniaga makanan seperti waffle (bisnes makanan yang mudah) adalah bisnes yang bagus.

4. Kos start up yang rendah. Kos permulaan bawah RM2000 yang sangat sesuai untuk memulakan bisnes pertama atau bisnes tambahan @ bisnes part time.
.
.
.
***Soalan2: Bilakah Masa Sesuai Untuk Buat Bisnes Waffle?

Jawapan: Sekarang. Orang bisnes mesti cepat bertindak. Yang dah ada tapak niaga. Boleh terus tambah buat bisnes waffle. Just Do It..! Jangan fikir terlalu banyak.
.
.
.
***Soalan3: Trend Jualan Waffle 2016

Jawapan: Kami membekalkan bahan mentah waffle kepada kebanyakan peniaga waffle di seluruh semenanjung Malaysia. Sepanjang 2016 walau banyak kenaikan harga barang berlaku namun jualan waffle oleh kebanyakan peniaga waffle adalah maintain dan tidak banyak diganggu oleh keadaan ekonomi tak menentu.
.
.
.
***Soalan4: Bagaimana Ingin Berjaya Membuat Keuntungan Dalam Bisnes Waffle?

Jawapan:

1. Cari orang berpengalaman sebagai rujukan. Kami boleh memberi nasihat serba sedikit kepada anda. Alhamdulillah kami telah masuk tahun ke 5 dalam bisnes waffle. Kami telah melatih hampir 200 orang usahawan baru dalam bisnes waffle. Mulakan bisnes waffle dengan kami. InsyaAllah anda dapat banyak shortcut untuk lebih cepat berjaya dalam bisnes waffle.

2. Kurangkan kos overhead. Mulakan dengan apa yg ada. Pacak meja banquet tumpang sewa dikawasan strategik. Meniaga di rumah jika kawasan rumah strategik. Maksimumkan jualan dengan buat delivery, katering, supply waffle ke tempat2 tertentu. Tambah apa2 produk yg sesuai untuk dijual. Maksimumkan jualan.

3. Jika baru berniaga, kos sewa yg maksimum adalah RM500 ke bawah. Jika lebih, bincang untuk sewa tapak kecil di kawasan strategik. Saiz meja banquet 4 kaki dah cukup untuk berniaga waffle.
.
.
.
***Soalan5: Nasihat terakhir?

Jawapan:

1. Usaha sekuat mungkin. Marketing selalu. Jaga kualiti makanan. Rajin dan disiplin. Lapangkan jiwa. Jaga customer service. Berbuat baik dengan semua orang. Allah tempat kita bergantung. InsyaAllah semua orang boleh berjaya.