3 Cara Menetapkan Harga Jualan Waffle

pembekal tepung waffle 2

Salah satu soalan yang paling popular dikalangan pengusaha waffle yang baru bermula.

.

Ok. Kalau tuan/puan dapat lihat kat atas tu contoh menu kedai kami. Selepas 2 tahun bisnes baru kami finalize menu ni. Macam-macam cara menu kami buat. Macam-macam harga yang kami letak.

.

Last sekali…

.

Terhasil lah menu macam di atas. Sebelum ni menu kami banyak tulisan dan kurang gambar. Kalau boleh tuan/puan bagi clearkan terus dari segi harga dan gambar. Jangan sekali-kali cuba kelirukan pelanggan dengan harga! Mudahkan urusan pelanggan untuk membeli. Bagi pelanggan tunjuk atau beritahu je kita nombor berapa dia nak. Mudah kan?

.

Ada beberapa cara untuk mentapkan harga waffle.

.

1. Mark Up

—————-

Tuan/puan boleh kira berapa kita nak mark-up untuk sebiji waffle. Contoh tuan/puan nak untung sebiji waffle RM2.

Jadi,

Harga modal + RM2 = Harga jualan waffle

Cara ini mudah untuk tuan/puan tentukan untung sehari. Contoh hari ni terjual 100 biji waffle. So dalam kepala dah tau untung bersih RM200 sehari.

Cara ni juga senang nak tentukan berapa biji waffle tuan/puan wajib jual untuk ‘lepas’ kos overhead harian.

.

2. Lipat

———–

Dalam bisnes makanan harian, umum mengetahui harga jualan yang terbaik adalah dengan 3x lipat. Maksudnya.

Harga modal x 3 = Harga jualan

Cerita pasal lipat 3x ni boleh search dekat google kenapa bisnes makanan perlu lipat 3x. Panjang ceritanya.

.

3. Lihat Harga Pesaing

————–

Ok bagi kami yang ni adalah cara yang terbaik. Cuba lihat di kawasan tuan/puan. Kedai waffle yang berhampiran atau yang paling dekat dengan tuan/puan yang selalu orang beli. Tengok harga dia letak. Contoh sebiji waffle RM3. Tuan/puan letak harga yang sama juga dengan dia atau kurang sikit. Jangan terlalu murah dan lebih bahaya jangan terlalu mahal dari pesaing! Bagi sama harga adalah terbaik. Bagi servis lebih sikit dekat customer 🙂

.

Kesimpulan

—————-

Semoga perkongsian kali ini menjawab soalan tuan/puan. Ingat dalam bisnes makanan harian. UTAMAKAN VOLUME atau kuantiti jualan. Try & adjust harga bagi sesuai dengan customer lokasi tersebut. Lain lokasi lain harganya. Jangan terlalu berkira-kira tentang margin dan sebagainya. Jangan peningkan kepala tentang margin. Utamakan volume dan target jualan harian. Semoga berjaya!