
Assalamua’laikum tuan/puan yang kami kasihi.
.
Disebabkan terlalu ramai yang menghubungi pihak kami untuk bantuan berkaitan perniagaan waffle dan crefel, kali ni kami nak share cara paling berkesan dan efektif untuk menghubungi kami. Supaya kami respon kepada pertanyaan tuan/puan.
.
Ada yang contact melalui call, sms, whatsapp, email, tinggal komen kat website dan instagram, PM di facebook dan sebagainya. Tapi cara manakah yang paling cepat kami respon dan mudah untuk berkomunikasi?
.
Ok bagi kami sepanjang berkomunikasi dengan pihak tuan/puan. 90% orang selesa berkomunikasi melalui WHATSAPP. Sebab mudah, cepat dan jelas.
.
Teknik Penulisan Untuk Menghubungi Kami
————————————————————–
Seperti dalam gambar, contoh antara message whatsapp yang bagus. Message yang bagus dan memudahkan kedua-dua belah pihak haruslah mengandungi sekurangnya:
1. Nama
2. Lokasi
3. Soalan/Tujuan
Cukup 3 perkara di atas untuk permulaan.
.
Melalui 3 perkara di atas, mudah untuk pihak kami respon kepada tuan/puan. Kami boleh ingat nama, kenalpasti cara penghantaran terbaik dan faham apa masalah tuan/puan. Tak kisah sama ada tuan/puan nak call, whatsapp atau email, at least beritahu 3 perkara di atas.
.
Kesimpulan
—————-
Alhamdulillah semua yang message kami baik-baik belaka. Semuanya beradab dan tiada seorang pun yang tak baik. Semuanya message dengan memberi salam dan smiley dan kami suka semuanya! Cuma mungkin kadang-kadang cara message tu kurang berkesan menyebabkan kami tak tak faham dan terus tak reply message.
.
InsyaAllah diharap dengan panduan yang kami berikan ini, tuan/puan lebih mudah dan seronok berhubung dengan kami insyaAllah. Kami sentiasa mengakui kelemahan dan kekurangan di pihak kami dan minda dan hati kami sentiasa terbuka untuk membantu menyelesaikan masalah yang tuan/puan hadapi insyaAllah.
.
‘Kita semua sama-sama berniaga dan berukhuwah kerana Allah’. Moga-moga silaturrahim ini mendapat keberkatan dari Allah insyaAllah.