Jadikan Bisnes Waffle Sebagai Mesin Buat Duit Kita!

tepung waffle 3

Ramai yang bekerja tapi masih ingin melakukan bisnes waffle? Persoalannya perlu berhenti kerja ke untuk menjalankan bisnes waffle ni?

.

Jawapannya dah tentu sekali TIDAK. Ya tuan/puan tak perlu sampai berhenti kerja untuk menjalankan bisnes. Dan sangat tak digalakkan untuk berhenti kerja untuk start apa-apa bisnes sekali pun.

.

Teruskan bekerja sehinggalah pendapatan bisnes kita at least dah jadi double dari gaji kita bekerja dan yang paling penting income bisnes tu dah konsisten. Konsisten! Jangan bulan ni income bisnes RM5K bulan depan 1K. Bagi konsisten at least 1 tahun barulah fikir nak berhenti atau tak.

.

Jadikan Bisnes Waffle Sebagai Mesin Buat Duit  Kita!

———–

Ok hari ni kami nak share bagaimana nak jadikan bisnes sebagai mesin duit dan cara untuk meng ‘automasi’ bisnes kita. Lebih kurang bisnes dah jadi ‘automatik’. Maksudnya kita TAK PERLU:

1. Berhenti Kerja

2. Tunggu Kedai/Kiosk untuk menjual

3. Bancuh tepung, pergi beli barang dan sebagainya

4. Basuh itu ini dan kerja-kerja lain yang melecehkan

.

.

Cara Meng ‘Automasi’ kan Bisnes Waffle

————-

Tak dapat dinafikan 1-3 bulan pertama kita buat bisnes adalah bulan yg paling memenatkan. Cuba untuk turun sekerap yang mungkin untuk membantu memperkenalkan produk, jaga servis, jaga kualiti makanan kepada para pelanggan. Mungkin kita perlu bekerja 12-14 jam sehari. Dah habis kerja di office terus turun ke kedai untuk pantau bisnes kita.

.

1. Sediakan Staff

Kita WAJIB mencari staff untuk membantu menjalankan operasi bisnes kita. Jangan semua benda kita nak buat sendiri..! Jangan..! Jangan ‘kedekut’ sangat untuk menggaji staff. Niat kerana Allah untuk membantu/berkongsi rezeki dengan staff juga. Cari seorang part time dulu. Kemudian secara perlahan kita tambah bergantung kepada sales kita setiap bulan.

.

Untuk permulaan adalah OK untuk buat sendiri. Tapi untuk jangka masa panjang dan perkembangan bisnes, kita perlu ada staff. Biarkan mereka menjalankan kerja-kerja rutin sebagai seorang peniaga waffle.

.

2. SOP

Siapkan SOP (prosedur) untuk staff melakukan kerja. SOP adalah lebih baik dalam keadaan bertulis. Contoh:

a. Waktu datang kerja/balik

b. List cara bancuhan tepung

c. Cara-cara buat waffle yang betul

d. Cash Register

e. Opening/Closing akaun

f. Checklist kiraan stok

g. Nombor yang perlu di hubungi untuk belian barang

h. Skrip layanan pelanggan

i. Cara masuk duit dalam CDM

j. Lain-lain

.

3. Logistik

Cari pembekal yang boleh buat penghantaran secara percuma ke kedai kita. Kita cuma perlu order je barang. Tak payah nak susun kedai pergi beli barang. Pergi kedai itu ini. Rugi masa dan duit..! Kita tak sedar duit kita keluar banyak sebenarnya pergi membeli barang..! Lagi satu nanti kalau barang tiba-tiba habis, takkan nak tunggu kita beli baru boleh berniaga. Tambah-tambah time kita bercuti panjang. Biar staff utruskan stok. Beritahu kita apa yang perlu di order. Kita hanya perlu message pembekal untuk hantar ke kedai kita.

.

Sebab tu kalau tuan/puan tengok pengiraan harga bahan mentah kami dah buat siap-siap penghantaran percuma kepada tuan/puan. Tujuannya untuk memudahkan pihak tuan/puan dalam meng automasi kan bisnes kita.

.

4. Pemasaran Berterusan

Buat plan pemasaran berterusan.  Bagi kami pemasaran NO 1 adalah LOKASI untuk perniagaan waffle ni. Walau bagaimana pun, kami galakkan tuan/puan untuk buat pemasaran berterusan. Contoh:

a. Facebook ads

b. Instagram

c. Database customer (nama dan no telefon) – wish customer selamat tahun baru/ hari raya dan sebagainya

d. Kad cop-cop

e. Tambah Menu

.

.

Ok kat sini ada 4 cara untuk jadikan bisnes kita automatik. Ada lagi cara-cara tambahan lain. Tapi cukup dengan mengikut panduan ini kita dah boleh tinggal kedai kita. Tak perlu tunggu kedai dan sebagainya.

.

Tuan/puan boleh pergi ke mana-mana, nak bercuti nak makan kenduri, tak sihat ke tapi DUIT MASIH MASUK DALAM BISNES WALAUPUN KITA TIADA DI KEDAI..! Selepas tu dengan modus operandi yang sama. Buka lagi 3 cawangan..!

.

p/s: harga bahan mentah dan pengiraan kos sebiji waffle kami dah termasuk penghantaran percuma untuk pembelian 10kg dan ke atas. Tuan/puan order je melalui whatsapp, buat bayaran online/CDM terus barang sampai ke staff tuan puan untuk buat waffle. Mudah kan? 😉 Penting bisnes dengan sistem yang betul.