Lihat video di bawah. Anak kami berusia 3 tahun pun boleh buat waffle dengan baik iaitu tidak melekat, rangup dan alhamdulillah tak hangit.
.
Kenapa kanak-kanak umur 3 tahun pun boleh buat waffle dengan baik? Sebab ada sifu @ mentor yang ada di sisinya. Ada mentor yang bagus, ada mesin yang bagus, ada produk yang terbukti bagus, insyaAllah anda pun akan jadi lebih bagus. Begitulah peri pentingnya mentor dalam memulakan apa-apa sekalipun perniagaan. Kami dulu start takde mentor. 3 tahun lepas tu baru cekap..!
.
Anda nak 3 tahun baru cekap buat waffle ke nak 3 hari dah cekap buat waffle dan buat duit dengan cepat?
.
Pendahuluan
——–
Pakej waffle yang kami tawarkan sekarang bukanlah yang paling murah ataupun yang paling mahal dalam pasaran.
.
Sebelum ni, kami pernah menjual pakej waffle yang paling murah dalam pasaran membuatkan ramai orang membeli dengan kami. Pada masa tu, niat kami cuma untuk membantu orang berniaga waffle sahaja. Bukan untuk bersaing dengan pesaing atau sebagainya. Kami memang nak tolong orang MULA berniaga waffle sahaja sebab ramai orang nak cari pendapatan lebih dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar sekarang.
.
Kami juga sebelum ni pernah menjual tepung waffle yang paling murah dalam pasaran juga. Kenapa kami suka jual murah? Memang kami nak tolong orang juga. Suka betul ye tolong orang kami ni?? Sebab sebelum ni kami berniaga waffle pernah menghadapi kesulitan yang amat sangat. Setelah jatuh berniaga waffle, kami bangun semula dengan niat memberi dengan lebih banyak. Kami rasa dengan banyak memberi kemudahan dan kebaikan kepada orang, kehidupan kami menjadi lebih baik alhamdulillah.
.
Cuma masalahnya bila kami menjual pakej yang paling murah dan tepung paling murah adalah mesin selalu rosak pula. Barang murah. Biasa la kan 😉 Kami pun rasa bersalah dan kami tidak menjangka dan berharap perkara ini akan berlaku.
.
Kemudian, kami terus survey, survey dan berbincang dengan banyak pengeluar mesin di Malaysia. Siapa yang mampu beri tawaran yang terbaik dengan mesin yang terbaik. Semua ni untuk kebaikan para usahawan yang berada di bawah bimbingan kami. Dan alhamdulillah insyaAllah pakej waffle yang kami tawarkan sekarang adalah dalam keadaan kualiti yang terbaik di pasaran.
.
.
Kenapa Perlu Ambil Pakej Waffle Dengan Famous Waffle
Masalah 1
Ramai orang di luar sana sebenarnya menghadapi masalah bila mereka buat keputusan sendiri. Mereka beli mesin di kedai mesin. Kedai mesin cakap mesin jenis ni bagus. Mereka beli tepung di kedai bakery. Kedai bakery cakap tepung ni bagus. Kemudian bila balik buat waffle kat rumah nak cuba. Waffle jadi tak cantik. Jadi tak rangup dan sebagainya.
Mereka tanya kedai bakery, “kenapa waffle jadi lembik dan tak rangup?”. Kedai bakery akan salahkan mesin. Jadi mereka tanya kedai mesin pula, “kenapa waffle jadi lembik dan tak rangup?”. Kedai mesin akan salahkan tepung waffle pula. Begitulah kejadian sebenar yang berlaku.
.
Masalah 2
Ramai orang ambil pakej dengan syarikat lain tapi bila cuba follow up dengan syarikat tersebut tiada respon untuk selesaikan masalah yang anda hadapi. Kenapa jadi macam ni? Sebab syarikat tersebut pun tak pernah jual waffle..! Nak jawab masalah anda macam mana.
.
Cari Kami Untuk Selesai Masalah
Akhirnya ramai yang datang mencari kami untuk selesaikan masalah mereka. Sekarang kami agak kurang respon terhadap dua-dua masalah di atas. Kami mengutamakan servis kepada yang mengambil pakej dari kami sendiri kerana mereka adalah tanggungjawab kami.
.
Kesimpulan
.
***5 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Pakej Dari Kami?***
1. InsyaAllah mesin dan bahan mentah yang terbaik untuk bisnes waffle
2. Mentorship program. InsyaAllah kami akan guide anda membuat waffle hingga jadi jika anda perlukan kami
3. NetworKING dengan kami yang telah 5++ tahun dalam industri waffle. Banyak pengalaman kami sendiri, rakan-rakan dan usahawan-usahawan di bawah kami yang jatuh bangun dalam bisnes waffle. InsyaAllah kami akan berkongsi dan support dari segala aspek yang termampu jika diperlukan.
4. Kami adalah pakar dalam bisnes waffle. Dengan izin Allah. Kami sudah tahu repair mesin. Kami sudah repair berpuluh biji mesin dalam masa 5 tahun. Kami sudah tahu selok-belok apa yang ada dalam mesin waffle. Kami sudah tahu setiap satu bahan dalam tepung waffle. Kami sudah tahu tempat mana yang sesuai buat bisnes waffle. Kami sudah merasa jatuh dan bangun dalam bisnes waffle. Kami dah lalui apa yang anda bakal lalui.
5. Ramai yang telah berpuas hati, memuji dan seronok berurus niaga bersama kami. Niat kami hanyalah untuk buat bisnes bagi semua orang berjaya insyaAllah.