Kenapa Perlu Buat Bisnes Makanan?

Kenapa perlu buat bisnes jenis makanan?

Bisnes makanan adalah satu jenis cabang bisnes yang terbukti ramai orang bisnes boleh menjadi berjaya. Jika kita berkenalan dengan ahli perniagaan yang lain yang melakukan pelbagai jenis bisnes seperti orang yang buat bisnes kontraktor sebagai contoh, mereka selalunya akan buat juga bisnes jenis makanan.

.

Kenapa?

.

Sebab bisnes makanan ni ‘cashflow’ nya cantik. Setiap hari insyaAllah ada aliran wang tunai masuk dalam bisnes kita. Duit tunai adalah penting dalam melakukan apa-apa perniagaan sekali pun. Alhamdulillah sepanjang kami berbisnes tak pernah lagi lah takdak sales. Setiap hari insyaAllah ada je duit masuk dengan izin Allah.

.

Jarang ada orang tak makan setiap hari? Betul kan? Setiap hari mesti ada orang makan. Jadi kebarangkalian orang nak makan waffle tu insyaAllah ada setiap hari.

.

Perniagaan waffle adalah satu perniagaan jenis makanan yang :

a. Mudah. Tak perlu persediaan yang berjam-jam sebelum memulakan perniagaan

b. Tidak ‘leceh’ seperti nak kena nak potong banyak-banyak benda makanan seperti bawang..nak kena sian ikan, ayam dan sebagainya.

c. Margin untung yang cantik untuk bisnes makanan. Boleh lipat untung 2x-4x dari harga modal.

d. Mudah nak tambah cawangan kerana ‘konsep’ perniagaan waffle ni sangat mudah

e. Pekerja yang minimum. Seorang ke tiga orang dah cukup untuk buat sales yang banyak.

f. Yang paling best adalah modal yang sangat rendah untuk buat bisnes ni. Cepat je untuk balik modal dan tambah cawangan.