
Ramai orang bertanyakan macam mana nak start bisnes waffle ni. Lain-lain soalan adalah tentang risiko dan cara pengurusan.
.
Macam mana nak start?
———————————-
1. Cari Lokasi
Ok pertama sekali tuan/puan perlu cari lokasi yang sesuai. Lokasi macam mana yang sesuai? Cuba cari disekitar kawasan tumpuan remaja. Tuan/puan boleh baca post kami ‘4 Kelas Customer Avatar’ untuk bacaan tentang siapa bakal prospek kita.
.
Kalau lokasi depan rumah tuan/puan dah sesuai dan cantik, pun dah boleh start bisnes waffle ni. Ada juga usahawan di bawah kami yang buat bisnes depan rumah je. Tapi lokasi rumah beliau betul-betul dekat kawasan sekolah memang menjadi katanya.
.
Untuk sewa kedai, tuan/puan boleh cari sewa kedai yang bawah RM1000 dulu untuk permulaan. Kami takut sewa yang terlalu mahal boleh ‘memeningkan kepala’ pada kemudian hari. Lagi murah sewa, lagi bagus. Tuan/puan hanya memerlukan ruang yang kecil sahaja untuk buat bisnes waffle ni. Tak perlu pun kedai. Kalau ada mini kiosk yang harga RM300-RM500 ambil je. InsyaAllah ok..!
.
2. Modal
Kami galakkan tuan/puan ambil Pakej Asas kami sahaja yang bernilai RM2190 untuk permulaan. Tak perlu ambil pakej advance. Nak cari RM2190 ni insyaAllah senang je kami rasa 🙂
.
3. Staff
Untuk permulaan sebulan pertama, tuan/puan boleh try jaga sendiri bisnes waffle tuan/puan. Penting untuk tuan puan mahir mengendalikan bisnes sebelum tuan/puan menurunkan kuasa kepada pekerja. Kenalpasti waktu puncak di lokasi tuan/puan, pelanggan dan apa masalah yang mungkin di hadapi. Selepas sebulan boleh cuba gajikan pekerja ‘part time’ dan seterusnya ‘full time’ bergantung kepada keuntungan yang tuan/puan perolehi.
.
4. Perundangan
Untuk peniaga yang pertama kali, tuan/puan perlu:
a. Daftarkan dengan SSM perniagaan tuan/puan.
b. Ambil suntikan untuk pengendali makanan di Klinik Kesihatan Berdekatan
c. Daftarkan dengan Kementerian Kesihatan Premis Perniagaan tuan/puan
d. Daftar dengan Majlis Perbandaran untuk dapatkan lesen niaga.
e. Hadiri kursus Pengendali Makanan dengan jurulatih yang diiktiraf Kementerian Kesihatan
.
Risiko Bisnes Waffle
—————————-
Bagi kami risiko perniagaan waffle ni terlalu rendah jika tuan/puan mulakan perniagaan dengan kami.
.
Kenapa kami cakap macam tu?
.
Kami dulu mulakan bisnes dengan puluhan ribu ringgit buka kedai dalam shopping mall. Campur kos ‘research & development’ untuk menghasilkan waffle yang disukai ramai dengan cara yang betul menelan kos puluhan ribu dan mengambil masa hampir 3 tahun.
.
Kami juga pernah kerugian puluhan ribu di lokasi yang salah. Kami juga berkenalan dengan ramai usahawan waffle yang lain yang mengambil franchise dari company waffle yang lain. Average usahawan seperti kami untuk mulakan bisnes waffle dalam shopping mall dengan kedai ‘berjenama’ sekitar RM50 000- RM120 000.
.
Jadi untuk memulakan dengan hanya RM2190 dan kiraan pulangan modal sebanyak RM500++ setelah selesai menjual semua bahan mentah yang kami berikan adalah terlalu rendah risiko yang tuan/puan hadapi. InsyaAllah dalam masa kurang 2 bulan dah balik keseluruhan modal tuan/puan. Eh ada usahawan bawah kami kurang seminggu dah balik modal…! (FAKTA).
Ok. Kami pun tak larat nak tulis panjang-panjang dan tuan/puan pun mungkin penat membaca, kami akan sambung di artikel berikutnya tentang bagaimana untuk memaksimumkan keuntungan bisnes waffle ni.
.