Famous Waffle – Sejak 2012
Kami bermula sebagai peniaga waffle pada 2012, dan sejak 2014 telah membantu ratusan mungkin ribuan usahawan di Malaysia memulakan bisnes waffle mereka sendiri. Kami sediakan ilmu, mesin & bahan yang betul supaya anda boleh mulakan perniagaan dengan yakin dan menguntungkan. Bahkan kami juga menjadi rujukan negara dari Brunei, Singapura dan Indonesia untuk memulakan bisnes waffle.
Pencetus Revolusi Bisnes Waffle di Malaysia
Pada tahun 2012, bisnes waffle hanya mampu dimiliki melalui sistem franchise yang menelan belanja hingga RM100,000. Kami ubah segalanya pada 2014 dengan memperkenalkan Pakej Perniagaan Waffle Malaysia – lengkap mesin & bahan mentah, hanya sekitar RM1,000. Sejak itu, ribuan usahawan telah memulakan gerai waffle sendiri di seluruh negara. Hari ini, waffle bukan lagi hanya di shopping mall – ia ada di merata tempat hasil usaha komuniti usahawan waffle yang kami cetuskan
Kami Dah Rasa Sakitnya Gagal – Anda Tak Perlu Lalu Jalan Yang Sama!
Dulu, kami ingat kami pandai. Tiru idea luar negara, beli mesin murah dari pelbagai negara, cipta konsep sendiri – tapi semuanya salah. Kami kerja siang malam tanpa cuti, rugi besar, burnout, rugi puluhun ribu ringgit, tekanan emosi… semua kami rasa.
Tapi pengalaman pahit itulah yang jadi guru terbaik. Kami ambil masa bertahun untuk faham strategi, resipi dan keperluan sebenar pelanggan Malaysia. Hari ini, dengan lebih 13 tahun pengalaman, kami bantu usahawan baru elak kerugian, mula dengan cara yang betul, dan cepat capai untung. Anda tak perlu ulang jalan susah yang kami dah lalui.
Waffle Malaysia, Citarasa Malaysia
Ramai peniaga silap bila mula — termasuk kami dulu. Resipi dari internet, konsep dari luar negara, tapi pelanggan di Malaysia tak suka. Rakyat Malaysia ada citarasa waffle tersendiri – dari segi rasa, tekstur, hingga cara penyediaan.
Strategi dan konsep jualan juga berbeza. Jika nak berjaya dan konsisten jual waffle di sini, anda perlu faham apa yang pelanggan tempatan benar-benar mahu. Jangan sesekali percayakan 100% citarasa sendiri.
Kami dah buat kajian yang lama. Hasilnya seperti berikut. Lihat review pelanggan waffle sendiri. 5 star untuk kedai makan di google review bukan satu perkara yang mudah.
Lihat sendiri semua review dari pelanggan sebenar. Hasil yang sama diperolehi oleh rakan-rakan niaga kami. Alhamdulillah.
Nak Makan Waffle, Pelanggan Dah Tahu Cari Siapa
Ya. Itu target kita. Pelanggan teringat nak makan waffle, dah tahu mesti cari Waffle Malaysia. Bisnes makanan mesti ada repeat order berterusan baru boleh bertahan lama. Konsep kita untuk Waffle Malaysia adalah rasa sedap dan konsisten, grab&go, lokasi strategik, harga mampu milik dan servis pelanggan bagus.
Waffle Bukan Trend. Makanan Sepanjang Zaman!
Burger, kek, aiskrim… dan waffle! Waffle dah lama jadi kegemaran rakyat Malaysia. 13 tahun kami dalam industri, waffle tak pernah ‘out of trend’. Kalau tahu cara yang betul, insyaAllah customer akan cari dan repeat. Bisnes stabil, untung konsisten!
Boleh Ke Bisnes Waffle Bertahan Lama & Buat Duit? Jawapannya: Ya! Tapi Kena Ada Strategi.
Kami dah lihat sendiri ramai usahawan kekal bertahun-tahun dalam bisnes waffle (lebih 8 tahun dan masih meneruskan) — malah ada yang berhenti kerja tetap untuk fokus sepenuh masa! Pendapatan bersih boleh mencecah RM3,000 hingga RM7,000 sebulan jika anda urus sendiri, atau jana pendapatan pasif RM1,000 – RM2,000 jika dijalankan secara sambilan. Ada juga yang kembangkan ke 3-4 cawangan dan dapat pendapatan berganda.
3 Cara Berniaga Waffle Yang Terbukti Berjaya:
1. Berniaga Sendiri (Sepenuh Masa)
- Anda urus gerai/kiosk sendiri.
- Ramai bertahan lama – ada yang berhenti kerja kilang, bank dan kini berniaga penuh masa.
- Pendapatan bersih: RM3,000 – RM7,000 sebulan
- Masa fleksibel tapi berdisiplin
2. Sambilan (Ada Pekerja)
- Anda masih bekerja tetap, dan gerai diurus pekerja.
- Anda pantau order & akaun.
- Pendapatan bersih: RM1,000 – RM2,000 sebulan (duit poket pasif).
- Sesuai untuk tambah pendapatan sampingan.
3. Kembangkan Cawangan
- Anda buka 2–4 cawangan waffle.
- Diurus sendiri atau ada pengurus/pekerja.
- Setiap cawangan beri pulangan RM1,000 – RM2,000 sebulan bersih.
- Lagi banyak cawangan, lagi tinggi keuntungan.
Strategi Waffle Malaysia. Kita Peniaga Waffle Bersatu!
Tak perlu mulakan jenama dari kosong. Fokus utama kita ialah buat bisnes dan jana pendapatan, bukan penat bangunkan brand sendiri. Dengan jenama Waffle Malaysia, semakin ramai peniaga yang sertai, semakin kuat pengaruhnya.
Bila pelanggan nampak jenama ini, mereka dah kenal rasa, menu dan kualiti. Tak perlu perkenalkan dari awal. Ini menjadikan proses jualan lebih mudah dan meyakinkan.
100% Untung Milik Anda
Ya kami memang nak membantu. 100% hasil jualan dan untung milik anda. Tiada yuran tersembunyi atau bayaran bulanan kepada kami.
Konsep dan Keistimewaan Waffle Malaysia?
Pakej Pro (dahulu dikenali sebagai Pakej Advance) telah diperkenalkan sejak tahun 2015 sebagai alternatif premium kepada Pakej Asas. Sejak itu, kami memperkenalkan konsep jenama Famous Waffle Malaysia bagi semua rakan niaga Pakej Pro.
Setiap rakan niaga menerima:
- Ada bahan mentah khas dan istimewa yang tidak dijual kepada orang luar pakej ini
- Beg kertas berlogo
- Menu jualan waffle
- Banting khas dan papan tanda kiosk
- SOP menjalankan perniagaan waffle supaya waffle dibuat rasa sama oleh semua orang
- Grafik tersedia untuk foodpanda/grab/misi delivery
- Senarai lengkap kiraan kos dan untung setiap menu
- Peralatan khas membuat waffle
- Pelbagai video bantuan membuat waffle
- Latihan membuat waffle bersemuka
- Konsultansi khas dari kami
- Surat perjanjian rasmi
Pada fasa awal, Pakej Pro ditawarkan hanya di kawasan Penang & Kedah bagi memudahkan pemantauan. Hasilnya? Hampir 100% rakan niaga mencatat prestasi jualan yang cemerlang, dengan pematuhan perjanjian yang sangat baik.
Disebabkan cabaran PKP, program ini dihentikan buat sementara. Kini, tahun 2025 Pakej Pro kembali ditawarkan — lebih kemas, lebih tersusun dan terus fokus membantu anda berjaya.
Kenapa Pilih Pakej Pro? Ini 11 Masalah Usahawan Bila Hanya Ambil Pakej Asas
Pakej pro merupakan penyelesaian masalah bagi usahawan yang ambil pakej asas perniagaan waffle dengan kami. Tidak dinafikan ada usahawan yang konsisten buat jualan dan ada yang betul-betul buat duit dengan bisnes waffle melalui pembelian pakej asas sahaja. Cuma ada juga usahawan lain yang tak berjaya dalam bisnes waffle. Masalah yang dihadapi usahawan adalah
- Tiada idea atau konsep bisnes waffle
- Persembahan menu dan kedai yang kurang menarik
- Tidak menjual waffle secara penghantaran
- Tidak tahu margin untung untuk jualan waffle
- Salah letak harga waffle. Harga yang terlalu rendah dan ada yang terlalu tinggi
- Tiada strategi perniagaan
- Tak nampak hala tuju
- Tidak tahu cara uruskan stok
- Tiada SOP membuat waffle. Setiap orang buat waffle rasa lain-lain
- Tiada jenama
Jalan Pintas 1 Tahun – Terus Jadi Usahawan Waffle PRO
Dengan pengalaman lebih 10 tahun, kami sediakan jalan pintas untuk anda mula bisnes waffle seperti usahawan yang sudah setahun berniaga. Anda bermula dengan mesin yang betul, bahan mentah berkualiti, peralatan tepat, dan konsep perniagaan yang terbukti berjaya. Kami juga akan menjadi rakan sokongan yang membantu anda hadapi cabaran bisnes.
Kenapa Pilih Pakej PRO Kami?
Ramai usahawan baru memilih mesin, tepung, dan peralatan murah untuk jimat kos – tapi akhirnya rugi lebih banyak. Jangan ingat anda sudah menang dan bijak dengan membeli mesin murah dan bahan mentah murah. Akhir sekali anda tidak tahu guna mesin dengan betul. Waffle melekat, tak rangup, waffle lembik, liat, tak masak elok dan sebagainya.
Contoh mesin murah: Harga RM600, hasilkan 15 keping waffle sahaja untuk 1kg tepung (saiz tebal). Mesin kami pula hasilkan 17 keping.
- Bezanya 2 keping setiap 1kg × 120kg sebulan = rugi 240 keping waffle.
- Purata harga RM5 sekeping = RM1,200 jualan hilang setiap bulan.
- Itu belum termasuk kos baik pulih mesin murah.

Risiko Rendah & Pulang Modal Cepat
Modal permulaan kurang RM10,000 – risiko pelaburan yang sangat terkawal untuk zaman sekarang. Elakkan pembaziran pada renovasi mahal atau sewa kedai yang tinggi.
Dengan lokasi strategik, anda berpotensi pulang modal dalam tempoh kurang 4 bulan dan mula menikmati untung bersih.
- Rekod peserta kami: Pakej asas pernah pulang modal dalam masa kurang 2 bulan.
- Bandingkan: Franchise waffle berjenama biasanya ambil masa ± 3 tahun untuk pulang modal.
Bersama kami, anda bukan sekadar beli pakej, tapi memulakan perniagaan waffle yang cepat balik modal, risiko rendah, dan potensi untung tinggi – insyaAllah.

Tindakan Pantas Yang Anda Perlu Lakukan Sekarang. Cari Lokasi Strategik!
Berikut merupakan lokasi strategik/hotspot untuk jual waffle:
- Dalam universiti/politeknik/matrik/sekolah/tempat pelajar/kantin sekolah/luar sekolah
- Lot kedai di kawasan stategik
- Tumpang kedai orang
- Stesen Minyak
- Di Hadapan Rumah Sendiri jika lokasi rumah strategik
- R&R Lebuh Raya
- Stesen Pengangkutan Awam
Panduan Kadar Sewa Lokasi Dan Cadangan Margin Perniagaan
Kadar sewa selalunya adalah 10% daripada hasil jualan. Contoh:
Sewa premis kiosk kecil di universiti: RM1000.
Berapa jualan sehari yang anda patut lakukan:
RM1000 / 0.1 =RM10,000 (jualan sebulan)
RM10,000 / 30 hari = RM333 (jualan sehari)
Jadi, anda perlu buat jualan RM333 sehari iaitu lebih kurang 67 biji waffle (purata sebiji harga RM5). Guna 4kg tepung waffle sahaja. Agak mudah untuk dicapai sebenarnya.
Margin Cadangan Lain Adalah Seperti Berikut:
- Kos makanan: 40%
- Kos staf: 20%
- Kos Marketing: 5%
- Kos Utiliti: 5%
- Kos Sewa: 10%
- Untung Bersih: 20%
Jika mengikut panduan di atas, contoh anda menyewa satu premis dengan harga RM1000 dan jualan bulanan anda adalah RM10,000. Jika anda tiada pekerja, Untung Bersih anda akan dapat adalah 20%+20% (Kos staf) = RM4000 sebulan bersih.
Pakej Pro – Terhad & Melalui Saringan Lokasi
Pakej asas terbuka untuk semua, tetapi Pakej Pro hanya untuk calon terpilih.
Anda perlu isi borang permohonan supaya kami boleh menilai lokasi dan kesesuaian anda menjalankan bisnes waffle.
Tujuan kami mudah – bantu anda benar-benar jana pendapatan, bukan sekadar menjual pakej dan lepas tangan. Jika kami dapati lokasi atau faktor lain kurang sesuai, kami mungkin menolak permohonan demi kebaikan anda, supaya anda tidak menanggung risiko kewangan di masa hadapan.

Pelaburan Modal Pakej Waffle Pro
Dengan Pakej Perniagaan Waffle Pro, anda akan menerima hampir 90% kelengkapan lengkap untuk memulakan bisnes waffle — tinggal cari lokasi atau premis sahaja.
Peralatan Tambahan (Tidak Termasuk dalam Pakej)
Anda mungkin sudah memiliki atau boleh beli secara berasingan mengikut kesesuaian lokasi:
- Peti ais atau ais box untuk simpan tepung bancuhan & bahan sejuk.
- Penimbang kecil untuk sukatan tepat.
- Meja tambahan (contoh: meja banquet).
- Hand mixer.
Modal Permulaan:
Modal Pakej Pro telah dikira supaya anda dapat mula berniaga dengan kos rendah tetapi kelengkapan optimum untuk hasil waffle yang sedap dan konsisten.
PERBANDINGAN PAKEJ PRO DAN PAKEJ BASIC
Kami ada senaraikan 19 perkara perbandingan dan persamaan antara pakej waffle basic dan pakej waffle pro. Mungkin anda perlu zoom sikit untuk nampak dengan lebih jelas perbandingan setiap satu perkara tersebut untuk anda benar-benar jelas apa perbezaan kedua-dua pakej tersebut.

Naik Taraf Pakej Basic ke Pakej Pro
Berita baik untuk pelanggan sedia ada!
Jika anda sudah memiliki Pakej Waffle Basic dan ingin upgrade ke Pakej Waffle Pro, anda hanya perlu membayar harga Pakej Pro tanpa harga mesin waffle.
Contoh Pengiraan:
Harga Pakej Pro: RM5,579
Harga Mesin Waffle: RM2,800
Jumlah Bayaran Upgrade: RM5,579 – RM2,800 = RM2,779 sahaja
Nota Penting:
Untuk Pakej Pro, anda tetap perlu mengisi borang permohonan bagi kami menilai lokasi dan kesesuaian perniagaan waffle anda sebelum kelulusan.
Komitmen & Perjanjian Perniagaan Pakej Pro
Bagi usahawan yang memilih Pakej Pro, kami menyediakan Surat Perjanjian Perniagaan yang mirip konsep Licensing Agreement. Tujuannya adalah untuk melindungi jenama Waffle Malaysia, memastikan rasa dan kualiti waffle sama di seluruh Semenanjung Malaysia, serta menjaga nama baik semua usahawan yang menggunakan jenama ini.
Antara terma penting perjanjian:
- Bahan mentah & peralatan wajib (tepung, jem, dan lain-lain) dibeli terus dari pihak kami untuk mengekalkan rasa yang konsisten.
- Mematuhi SOP penyediaan waffle yang telah ditetapkan.
- Memberi layanan pelanggan yang berkualiti tinggi.
- Proses keluar yang mudah jika usahawan ingin berhenti berniaga.
- Menjaga kerahsiaan maklumat perniagaan.
- Melindungi reputasi jenama dan semua usahawan yang menggunakannya.
Perjanjian ini adil dan tidak membebankan, tanpa denda tersembunyi seperti sesetengah perjanjian franchise atau licensing yang ketat.

Kami Serius Nak Bantu Anda Jana Pendapatan
Dengan harga pakej yang kami tawarkan, anda sendiri boleh menilai sama ada kami betul-betul ingin membantu atau tidak. Tiada yuran tersembunyi, tiada caj bulanan – semua jelas dan telus.
Harga mesin waffle yang kami sertakan dalam pakej ini sahaja hampir mencecah RM3,000 jika anda beli di pasaran (online atau kedai). Jadi, ini adalah peluang terbaik untuk anda mulakan bisnes waffle dengan modal rendah tetapi peralatan berkualiti tinggi.
Kalau terlepas peluang ini, memang rugi.
Penutup – Masa untuk Buat Keputusan
Bagaimana? Sudah bersedia untuk memulakan bisnes waffle bersama kami?
Pakej Pro ini bukan dibuat dalam sehari. Kami ambil masa 2 tahun untuk membangunkan dan 1 tahun menguji secara intensif, memastikan setiap komponen memberi keuntungan dan praktikal untuk usahawan.
Kami bermula sejak 2012 dengan modal RM40,000 – RM60,000, namun ketika itu untung tak nampak, rugi sudah pasti. Kini, anda boleh mula dengan modal bawah RM10,000, lengkap dengan:
- Mesin waffle berkualiti
- Tepung & jem premium
- Peralatan & menu siap pakai
- SOP & carta keuntungan
- Video panduan membuat waffle
- Konsultasi bersama mentor berpengalaman lebih 12 tahun dalam industri
Ini adalah ‘blueprint’ perniagaan waffle yang terbukti berjaya. Tiada peluang lain di Malaysia yang menawarkan pakej sehebat ini pada harga yang sebegini berbaloi.
Jika anda ambil franchise waffle bernilai RM100,000 pun, belum tentu anda akan dapat semua yang kami sediakan di sini.
Jangan tunggu – peluang ini terhad mengikut kawasan. Harga akan naik, dan lokasi strategik mungkin diambil orang lain dahulu.
Dapatkan E-Book Percuma – Panduan Memulakan Perniagaan Waffle
Berminat untuk memulakan bisnes waffle menggunakan Pakej Pro kami?
Hubungi kami sekarang dan dapatkan e-book percuma yang mengandungi panduan ringkas tetapi padat untuk memulakan perniagaan waffle dengan langkah yang betul.
Kandungan E-Book:
-
Langkah Pertama – Kenali Pelanggan Waffle
-
Langkah Kedua – Pemilihan Lokasi Strategik
-
Langkah Ketiga – Penyediaan Modal dengan Bijak
-
Langkah Keempat – Perkakasan & Peralatan Wajib
Selepas selesai mempelajari 4 langkah ini, anda hanya perlu mengisi borang permohonan.
Jika permohonan diterima, anda boleh terus mulakan perniagaan waffle bersama kami, insyaAllah.

HUBUNGI KAMI SEKARANG
Jangan berlengah lagi, tindakan yang pantas menghasilkan keuntungan yang pantas insyaAllah. Terus hubungi kami dengan klik butang dibawah.