
Assalamua’laikum..
Memang ramai betul yg menghubungi kami setiap hari bertanyakan pasal perniagaan waffle.
Rata-rata dapat maklumat kami melalui Google.
Sebenarnya kami pun pelik kenapa ramai yang menghubungi kami melalui google. Sebab kami banyak update di website, facebook dan instagram sahaja. Dan tak pernah buat iklan berbayar apa-apa pun di google.
.
.
Menjawab Pertanyaan Pelanggan Berkaitan Penghantaran Percuma
————————————————————
.
Ramai pelanggan bertanya tentang cawangan atau kedai kami di negeri lain.
Antara soalan yg popular.
“Encik ada cawangan di negeri lain?”
“Dekat KL ni mana nak dapat barang-barang encik?”
Sebenarnya prosesnya macam ni..
Kami merupakan pembekal/pengilang tepung waffle. Kami adun tepung waffle di tempat memproses kami sendiri di sg petani, kedah. Dalam bahasa mudahnya ‘Kilang’ atau ‘Proses Centre’. Dari tempat kami, kami edar terus kepada pengguna tanpa menggunakan orang tengah yang mengambil komisen jualan tepung.
Jadi, kami menggunakan courier express service sebagai pihak ketiga utk. membuat proses penghantaran kepada usahawan waffle terus ke kedai pihak tuan/puan. Jadi pihak tuan/puan tidak perlu lagi keluar ke kedai2 untuk membeli bahan2 mentah waffle.
Komisen jualan yg sepatutnya kami beri pada kedai bakery telah kami gunakan untuk membuat bayaran pos untuk courier service yg datang setiap hari di kedai kami untuk mengambil barang. Sebab tu kami mampu beri perkhidmatan penghataran percuma untuk pihak tuan/puan.
Jadi pihak tuan/puan mampu menjimatkan masa dan kos minyak untuk pergi membeli di kedai bakery. Kami faham setiap usahawan memunyai masa yg sgt berharga. Dengan keadaan teknologi yg ada sekarang seperti whatsapp, facebook dan sebagainya, rugi jika kita tidak gunakan utk kemudahan dan menjadikan urusan jual beli lebih effisien.
Memang mudah jika dah ada sistem. Tuan/puan hanya perlu msg/whatsapp kami order bahan mentah, buat bayaran dan hanya tunggu barang sampai di lokasi perniagaan tuan/puan. Tak perlu lagi keluar pergi kedai nak beli bahan mentah.