Perkembangan dan Prestasi Usahawan Waffle dan Crefel Terkini

pembekal tepung waffle 3

Pertama sekali kami ingin memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana melimpahkan rezeki yang tidak terhingga kepada semua bisnes-bisnes partner famous waffle. Yang menjual waffle dengan mengambil tepung dan jem dengan kami dan juga yang menjual crefel dengan menjadi agen bersama kami.

.

Walaupun keadaan ekonomi tidak menentu dan kuasa membeli makin berkurang tapi…

.

Alhamdulillah

.

Alhamdulillah

.

Prestasi Usahawan Waffle

————————

Para usahawan waffle di seluruh semenanjung yang bersama kami, dari negeri perlis sampai ke negeri johor. Kami dapat feedback yang sangat-sangat positif. Average usahawan mingguan beli tepung dengan kami 10kg-30kg per week.

.

Dan dengar cerita permintaan makin bertambah. Maksudnya jualan 180 keping ke 540 keping waffle seminggu. Banyak tu tuan-tuan dan puan-puan. Kalau untung bersih sebiji RM1.50-RM2.00. Cuba kira berapa? Untung tu soal kedua. Yang pentingnya kita niat tanggungjawab menyediakan makanan yang baik dan halal serta silaturrahim sesama umat manusia 🙂 Dan duit yang kita dapat tu jangan lupa untuk agih-agihkan kepada orang yang memerlukan insyaAllah 🙂

.

Ada yang jual dekat rumah, kat tepi jalan dan lain-lain tempat. Asalkan kita bermula untuk buat bisnes waffle! Selagi tak cuba selagi tu tak tahu potensi nya. Yang penting bertindak! Setuju kan?

.

Walaupun bermacam-macam soalan tuan dan puan ajukan kepada kami. Kami tak jemu-jemu menjawabnya. Penat ye kami pun jawab soalan. Tapi bila niat kerana Allah untuk membantu orang, alhamdlillah kami masih terbalas message tuan dan puan.

.

Perkembangan Usahawan Crefel

———————————

Para usahawan crefel seperti biasa, bertambahlah laju nak raya haji ni. Hari biasa pun mereka laju. Hari raya memang tak menang tangan.

.

Order crefel terpaksa ditutup mulai minggu lepas. Maaf kami pun tak sempat nak bertanya kepada agen-agen untuk tempahan. Tiba-tiba saja order masuk, masuk dan masuk sehingga kami perlu buat kiraan banyak kali sebelum buat keputusan untuk menutup tempahan.

.

Banyak agen-agen baru kali ni masuk. Feedback sangat-sangat positif. Permintaan yang sangat tinggi. Mudah untuk dijual dan tak perlu nak susah payah promosi. InsyaAllah lepas raya haji kita akan buka tempahan seperti biasa.
.

Kesimpulan

————

Marilah kita buat bisnes secara berjemaah di bawah bumbung famous waffle. Mari kita mencari keberkatan dalam perniagaan bersama-sama. Jangan buat bisnes sorang-sorang. Jadi sebahagian dari kami.

.

Kami bersyukur sangat kepada Allah berdasarkan feedback usahawan yang berada bersama kami, hampir 90% usahawan sangat mudah berniaga. Repeat order yang sangat tinggi dari customer mereka dan pelbagai berita gembira yang mereka kongsikan kepada kami.

.

Ingat tuan dan puan, rezeki dari Allah. Allah suka kepada hambanya yang sentiasa mencari keberkatan dalam setiap usaha sehariannya. Mungkin disebabkan usaha kita mencari keberkatan, Allah mudahkan urusan perniagaan kita dalam pelbagai bentuk ganjaran.