Siapa Suka Makan Waffle?

Penting untuk seorang usahawan waffle tahu siapa sebenarnya orang yang suka makan waffle ni.

Kami dulu sebelum buka kedai waffle, ada juga survey kedai-kedai waffle lain. Tengok siapa pelanggan yang datang, pukul berapa orang ramai dan lain-lain lagi.

Dekat 2 minggu kami survey di beberapa kedai waffle lain sebelum kami buka kedai waffle sendiri. Setiap satu kedai kami tunggu dekat jam untuk tengok siapa yang datang. Lokasi mana yang bagus.

Tak boleh macam tu!

Survey sahaja tak cukup sebenarnya.

Banyak yang usahawan waffle perlu tahu sebelum buka kedai waffle. Susah sebenarnya jika buat bisnes waffle tanpa mentor ni.

Mentor sangat penting dalam bisnes waffle. Dengar je cakap mentor bagi yang baru start ni.

Selepas 2 tahun, baru kami dapat tahu siapa sebenarnya suka makan waffle ni. Pelanggan mana yang akan berkali-kali datang beli waffle. Kenapa pelanggan datang berkali-kali datang.

Kalau kita kenal siapa pelanggan kita, mudah untuk kita kenalpasti lokasi yang bagus untuk start bisnes waffle.

Ok selepas ni kami akan cerita case study pasal ‘customer avatar’ pelanggan-pelanggan waffle.