Masa mula-mula supply tepung dulu, kami lah TEPUNG WAFFLE TERMURAH dalam Malaysia.. Ha Ha..!! Masa tu ilmu raw material belum cukup mantap. Kami cari bahan-bahan paling murah untuk letak dalam tepung waffle kami. Tapi semua bahan kami tetap pastikan halal. Yup barang HALAL keutamaan kami.
.
Sehinggalah pada satu hari ada masalah kenaikan harga bahan2 mentah yang mendadak di pasaran, kami mula mencari dan berkenalan dengan banyak supplier2 baru. Dari sini kami banyak belajar dari pelbagai pembekal tentang kebaikan satu-satu bahan mentah. Rupanya bahan mentah ada banyak gred dan ada BAHAN MENTAH TIRUAN pun ada sebenarnya..!! Ada yang halal dan ada yang TAK HALAL.
.
Realitinya bahan mentah TAK HALAL LEBIH MURAH dan yang TIRUAN LEBIH MURAH daripada yang halal dan asli. Yup ini hasil survey kami dari pembekal-pembekal yang berkenaan.
.
Selain tu, kami juga ada banyak buat study dan research pasal kebaikan dan keburukan sesuatu bahan. Memang bahan-bahan semua sebelum ni halal, TETAPI ada yang baik untuk kesihatan dan ada yang kurang baik untuk kesihatan jangka masa panjang.
.
Dari sini lah kami mula untuk setting kami punya bahan mentah mengikut gred yang sesuai. Ada beberapa bahan mentah yang kami tidak gunakan lagi disebabkan ia membahayakan kesihatan.
.
Yang pertama kami tidak menggunakan lagi tepung gandum berpeluntur. Kami menggunakan TEPUNG GANDUM TANPA PELUNTUR dalam penyediaan tepung waffle kami. Berikut merupakan petikan yang kami ambil dari Harian Metro tentang keburukan tepung berpeluntur:
Kredit: Harian Metro (SILA KLIK GAMBAR UNTUK BACAAN)
Yang keduanya kami tidak menggunakan CREAMER dalam tepung waffle kami. Kami menggantikan dengan bahan asli yang lebih berkualiti tinggi yang insyaAllah lebih selamat untuk kita makan. Berikut merupakan petikan yang kami ambil dari Facebook Dr Zubaidi tentang keburukan creamer:
Kredit: Dr Zubaidi (SILA KLIK GAMBAR UNTUK BACAAN)
Sebenarnya, lepas kita TUKAR kebanyakan bahan di dalam tepung kami, harga kos kami lebih meningkat. Ada beberapa bahan lagi yang kami tukar yang tidak diberitahu di sini. Kami jual tepung waffle ni dengan margin yang sangat tipis. Tambahan pula kami guna pos ekspress untuk tujuan penghantaran, bertambahlah mahalnya kos kami. Kami buat ni kerana Allah Taala. Sebenarnya pelanggan bukan tahu pun apa yang kami letak dalam tepung. Tapi Allah tahu.
.
Secara logik akal kita, bagaimana kita boleh dapat bahan yang halal dan berkualiti pada harga yang murah? Sangat sukar!! Kami di Famous Waffle insyaAllah memang sangat2 menitik beratkan soal HALAL dan KEBAIKAN bahan2 dalam penyediaan tepung. Kami masih belum sempurna tapi insyaAllah kita cuba sedaya upaya terbaik dalam membekal bahan2 halal dan baik.
.
Jadi, sekarang kami bukanlah pembekal/pengilang tepung termurah atau termahal di Malaysia. Harga kami merupakan harga pertengahan. Tapi insyaAllah kami yakin dengan kualiti bahan2 yang kami gunakan dan kebaikan2 yang ada dalam tepung waffle kami.
.
Sebagaimana kita mencari makanan yang baik dan halal kepada keluarga kita, macam tu juga kita kena sediakan bahan yang baik dan halal untuk pelanggan2 waffle kita. Murah atau mahal sebenarnya Allah yang beri rezeki kepada kita. Ada orang dah cari bahan2 mentah paling murah, tapi Jualan Waffle masih sendu.
.
Jadi kepada peniaga-peniaga waffle di luar sana, kami seru anda semua untuk beli tepung waffle dengan kami. Berniagalah tanpa was-was dan yang paling penting kita MESTI jaga tanggungjawab kita sebagai muslim. Sediakan bahan-bahan yang baik untuk semua pelanggan waffle makan demi kebaikan kesihatan kita secara jangka masa panjang. InsyaAllah kita sama-sama berniaga mencari keberkatan dan redha dari Allah. K

